Julai 01, 2009

taknak taknak

Orang kata kalau nak buat jahat selalu tak jadi kan kan kan. hahaha karma.
Semua ni salah atiqah. eh tak. salah cikgu zaitul akma. sape suruh kasi kitorang coupon domino's tu? tau tau je la kitorang sume ni spesis ape kalau dapat benda free murah murah ni.
semalam, aku, atiqah 'hulkgirl', sera, faragh, sai,
lokman 'aziz' and alia bercadang/berniat/berhasrat nak makan pizza. bajet macam orang kaya, tak main aa RFM RFM ni hehe. bagai pucuk dicita, ulam mendatang (betul ke tak nii) sehari sebelum semalam, atiqah bagi kupon delivery only domino's pizza. semua tengok macam batak gila tak pernah makan pizza.

"eh kita amik yang ni aa ada 4 large pizza siap ade air sprite lagi dengan cake"
"haah jom aa, ish air dia nampak gila sedap. weh korang jom aa doh"
"alaa mahal la rm100, kita nak share sorang berapa ni? amik yang tu je aa, rm50 je, ada 2 regular pizza, cukup la kita pun berapa orang je"
"tau tak pizza dominos ni kecik? large die sama cam regular pizza hut punya, dah la tak sedap sangat"
"weh korang asal tak bagitau awal awal aku dah aa tak bawak duit duhh"
"aku ade rm4 je boleh share dengan alia tak?"
"korang ni asal nak makan sekarang aku dah aa tengah pokai gila, ni sume sebab seksyen 4 punya karnival yang cam @#$% tu"

dah la cari orang nak join sekali takde, nak beli yang mahal aje, nak bayar yang rm7 sorang pun tak mampu, ni pulak yang rm11 sorang. haha tu aa lenkali jangan berlagak kaya.

sebelum nak order tu, mesti aa kena call dulu. tanya sume orang, macam bodoh takde sorang pun yang bawak phone. yang ade pun faragh, tu pun kedekut kredit taknak kasi. pastu pegi public phone yang sekolah punya tuu. dail number,
1300 *number barred*
okaaay ohmygosh macam siak gila. weh asal sekolah kita takleh call pizza nii? memang camtu eh?
hahaa pastu kitorang cari aa cikgu, konon konon nak pinjam phone pastu bayar balik kredit cikgu tu. cari punya cari, "weh weh tu cikgu hafiz, haa kita pinjam die je aa die dah aa baik mesti boleh punya. lokman cepat tahan motor dia lokman cepatttttt"
lokman dengan naif dan muka takmalunya pegi tahan motor cekgu. nasib baik cikgu stop, kalau aku dah langgar dah.
bila dah dapat phone, sume gedik gila taknak cakap hahaha. lokman jugak dengan macho nak tunjuk gentlemen call operater tu. dengan penyakit parkinson dia menyerang hahahha time tu memang lawak gila. sampai cikgu hafiz pun cakap, "takut sampai cam ni" *gelak* aww comel gila bahahaha takpe ni first time die cakap dengan mesin.

operator tu cakap pukul 4.20 dierang hantar kat guard house. pukul 4 lagi kitorang tunggu kat situ. excited terlebih. time tu aa sume keluarkan duit. semua main bagi je tak kira tah cukup ke tidak. kira kira, duit tak cukup. memang malang gila la hari tu. kira duit smapai 50 kali, kejap tak cukup kejap terlebih. nak dekat 4.20 dah ni, tak sabarnyee. "kupon mana kupon?" "eh haah la mana mana kat sape?" "eh eh ade kat kantin aa hehe." "atinnnn!"
lokman dengan gentlemennye lagi sekali pergi amik.

so dipendekkan cerita, kegelabahan dan kesakaian kitorang, sampai 5.30 tunggu pizza taksampai. kata 30 minit guarenti tapi dah dekat 1 jam takde pun. PENIPU sial. macam macam andaian bodoh keluar.
1. die berhenti solat kot
2. tah tah die taktau mana seksyen 10
3. eksiden
4. die dah datang lama dah kot then tunggu kita tak muncul muncul
5. tah tah tadi lokman tak call pun, weh lokman kau tipu kitorang eh??
6. die hanta kat pagar belakang kot
and soo on.

tahap kedesperetan kempunan nak makan pizza sangat tinggi sampai sume motor yang lalu kitorang jerit DAH SAMPAI DAH SAMPAI and yeaah, kitorang memang suka memalukan diri sendiri.
bila semua dah give up (kecuali faragh dan tqa) cuba teka ape jadi? tak tak. bukan pizza datang. even better :] cikgu izatul najiha guru matapelajaran sejarah dan volleyball kesayangan kitorang muncul dengan kereta wira dan menjadi penyelamat dunia. cikgu izatul najiha to the rescue. pendek cerita lagi sekali, lokman duduk depan (untung oh jadi lelaki), kat belakang, aku sera faragh sai alia atiqah ohmygosh gila 5 orang duduk belakang. kalau kena samaaan. uhh. nasib sai tak ikut kalau tak taktau ah camne jadi dengan kereta cikgu. haha. dan cikgu bawak kitorang pegi mcd dan akhirnya dapat jugak merasa berlagak jadi orang kaya sekejap.

tengok aa dominos kau mana boleh lawan mcd yang hebat ni. mcd tetap dihati. memang taubat taknak makan dominos dah aa tak sedap kecik mahal geli aku.


semua orang jangan makan domino's pizza dah tau jangan jangan, boikot doh tu israel hahaha.

panjang gila post ni duhh, merepek -.-


5 ulasan:

esah ezral berkata...

Haha gila lawak tragis siot

Farah Diana berkata...

"tau tak pizza dominos ni kecik? large die sama cam regular pizza hut punya, dah la tak sedap sangat"

haha ni aku ni aku
:P

betul la.itu fakta

fyana berkata...

faragh ; yelaaaa awak tau semuanya awak terhebat haha

hadzrinaqmal berkata...

kelaka!
=.=

fyana berkata...

haha actly tak pun sebenarnya