Aku malas nak amik tau pasal parti U, parti P, parti segala parti yang ada. Banyak sangat. Pening aku. Kes pakcik A lompat parti, pakcik B rasuah polis, pakcik C upah membunuh. Bukan tak cuba nak paham, tapi manusia manusia dewasa ni banyak cakap keling. Abu cakap camni, aku pun cam, "Oh, jahat gila Ali, skehati mak bapak die je." Ali cakap camtu, aku terus "Oh yeh? Biar betik?" Benda benda macam ni, complicated aaaaaaaaah. Aku kan budak budak lagi -.- mana paham apa apa.
Tapi tapi tapi, lepas aku baca entri entri Rahmat Haron, Pyanhabib, Zulhabri, Zahiril, dan geng geng
Banyak betul orang tak betul dalam negara ni, banyak sangat otak yang acah acah pandai buat konklusi masing masing, terlalu terkongkong dalam perspektif sendiri, terlalu taksub, sampai tak boleh terima pandangan orang lain, pastu terus nak serang. Asyik nak bangkang, semua benda salah. Otak ada? Akal boleh pakai? Pelik aku. Kalau nak hidup dengan cara kau, buat la dunia sendiri.
Takpe ah, mungkin aku masih terlalu awal nak masuk dalam dunia penuh tipulara ni. Aku tak dibenarkan bersuara, hanya disuruh mengikut. Tapi aku taknak. Tapi nanti kena tangkap. So macam mana? Baik mati je kan.
Ya Allah, aku taknak lepas umur 18, kalau boleh aku nak jadi budak budak je sampai mati. Aku taknak mengundi, aku tak suka memilih, aku TAK RETI memilih (baju raya pun aku taktau nak beli yang mana). Aku tak suka dengan keadaan sekarang. Manusia dah takde rupa orang. Selama ni kita semua hidup dalam penipuan, tak rasa bodoh ke? Eish. Siapa nak bangkit ni?
ps : Terima kasih la korang, sebab bukak mata aku yang sepet ni besar besar. Taktau cane korang buat. Aku sendiri pun tak gheti bukak mata sendiri.
3 ulasan:
takk sokong sgt ape yg awk kata ,
tapi kan ada jugak betul nya :D
kalau semua rakyat sedar bahawa politik - adalah hak semua org. bukan milik parti2 politik semata-mata.
politik dlm maksud cara mengatur kehidupan bermasyarakat berasaskan sumber ekonomi yg terhad dan kehendak manusia yg tidak terbatas.
kalau semua org sedar, tak cukup lokap n penjara, tak kan dapat nak tangkap semua org.
apabila kesedaran masy. berubah, maka politik juga akan berubah; kerajaan berubah; parti politik dan ahli politikpun berubah.
entahlah, ni pandangan sampah aku jer..ha ha ha ha ha
ain, tolong betulkan kalau saya salah
rahmat haron, macam mana kesedaran masyarakat tu nak berubah kalau mereka terlalu taksub dengan benda yang mereka percaya? terlalu close minded, cuma nampak satu orang je atau satu parti politik, sampai benda lain tolak tepi, padahal benda lain tu la yang betul. Orang macam ni akan ikut je apa tuan dia suruh, walaupun buat benda keji, kan?
Catat Ulasan