September 27, 2009

kau tau tak aku cinta sampai mati?

Mula karangan okay 1 2 3 go.

Dear @#$#^%&*@,


Masa aku first time nampak kau kat tivi, aku terus jatuh cinta. Tapi tak boleh. Kau jauh. Kau gila famous. nanti kalau aku pergi kat kau, mesti ramai orang kan? Mula mula tak suka taknak geli nanti kena marah, tapi bila kita jumpa, aku taknak balik rumah. Kalau boleh nak tido sana. Tapi aku tau takleh, tak payah tanya pun. Kawan aku suka kau. Tapi aku taktau la dia sebenarnya betul betul kawan aku ke tak. hesh entah lah. Oh dan aku harap,
sampai ketemu lagi nanti.

Love, Fy.



selama 4 hari di kedah, (selepas bermastautin di kelantan selama 3 hari) phs, tak pernah sehari pun aku miss untuk pegi. Pagi, petang, malam. Sekali pegi baju dah 12 13 SEORANG. kami 3 orang. Berapa pasang semua? you do the math. dan paling menyedihkan yang tak berapa nak sedih, lihatlah kereta kami. Lihatlah bagaimana muatannya. Celah mana nak letak lagi? Dari kedah ke kota lumpur, berbagai bagai gaya duduk telah direka. Bersila, bersimpuh, terkangkang, kaki atas siling, kakiku padamu kakimu padaku, duduk tak jejak tanah dan lain lain cara yang dapat dicapai akal.




Moral of the story hari ini, janganlah menanam sikap dengki riak perasan bag Toksah bawak beg pergi London ke kedah yang hanya mengambil masa 6 jam dan hanya mahu menetap 4 hari kalau mahu baju cantik tak berapa baru diimport dari Jepun.

Lain kali mama kena bawak lori kalau nak balik kedah - mama
Nanti mai sini jangan bawak baju seluaq dalam dan luar, sehelai sepinggang je. Jangan lupa bawa bank sekali - Mak lang.
Muat tu memang muat, tapi tak boleh duduk macam orang normal lah- uncle
eh tang mana tempat tu awat kami tak tau pun? - Pak lang
Kakyan ni baju bundle beli haritu eh? - semua orang setiap kali nampak kakyan tukar baju.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wah naaaak.