Januari 30, 2010

gangguan.

Ni Yaaaaaaaaaaaaaana.

eh eh buat pertama kalinya ai dapat sign-in blog ni dengan password dan e-mail yang betul dengan hanya sekali cubaan, tidak seperti hari hari sebelum ni yang kena cuba banyak kali sebab asyik terlupa macamana nak eja nama 'pemilik sah'  blog ni. FY ke FYNN ke hapa? so saya berjaya kali ini yeaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaay (-,-)

duhh.
kenapa dengan aku sekarang? emosi tak menentu. sekejap ok sekejap emo macam sial sumpah wal cakap ;
"Aku bengang betul kalau kau moody, rasa nak pijak je."
ye incik Walleh ai mintak maaf yo!
tapi aku pun taktahu apekehal doh dengan aku sekarang. marah marah marah. semua benda tak kena. aku penat. sangat. tuition, sekolah. homework, housework. haish. ye aku tak kahwin lagi tapi aku lah yang sapu rumah, lipat, sidai baju, gosok baju sekolah bla bla bla dsb dsb dsb. penat. sometimes dah tak dapat nak balance kan kerja kerja yang macam haram tu menunggu. cikgu kat sekolah bagi homework berjuta. doi cikgu lekkkk ah -,- pagi pagi bangun 5.30 a.m pergi sekolah belajar balik sekolah mandi, angkat baju, lipat, homework, tuition, sambung homework lagi. sampai tengah malam. haish. jealousnyaaaaaaa bila kawan citer 'aku balik rumah terus tidooooo'. cis anda.

so bila aku penat, aku jadi emo. HARAPMAKLUM YE. semua benda aku nak marah, jerit, nangis bla dan blaa. bila benda ni di campur adukkan (campur aduk tulis jarak ke jauh haa? ah peduli lah) boleh wujudkan satu perkataan. tension. one word. or maybe I can also cakap stress. so dua ah. bila dah stress/tension/emo aku mula tak dapat nak bezakan masalah peribadi dengan yang tak peribadi or masalah pelajaran or whatsoevaa bullshit. aku nak orang yang boleh dengar masalah aku. dengar ke teman ke tak kisahlah asalkan aku dapat bercakap and lepaskan apa yang dalam hati. hesh mula ah ni nak keluar ayat jiwangzz aiiiiiiii. 

senang cakap macamni lah, aku rindu kau. tapi kau takde pun. kau busy dengan kawan kawan kau. susah sangat nak teman aku. dah tak sayang ke? aku tak mintak banyak pun, aku tak mintak pun kau datang kat rumah aku dengar aku melalak, meraung bergolek golek menangis mengenangkan nasib diri. taaaaaaaaaaaaaak. aku just nak jumpa kau so that aku dapat bercakap and mungkin kau boleh pinjamkan bahu kau untuk aku nangis? macam dulu dulu. or kalau tak dapat jumpa pun takpe tapi at least aku nak rasa yang kau ada dengan aku. dah lama tak onthephone bergayut malam malam gelak ketawa, sakat menyakat bergaduh menangis. dah lama dah tak buat macamtu kan? rindu. -mfz

tambah pulak dengan penyakit bulanan yang kejap ada kejap takde haish mencabar kesabaran aku betul. menanggung sakit sampai rasa nak mati je taktahan and yes semua benda memang akan jadi tak kena. memang aku akan jadi gunung berapi yang takkan henti henti meletup mengeluarkan lava merah beraaaapi atau ayat carutan aku tersendiri yang juga tak kurang berapinya lagi berapi dari Mamee Slurpp Aznil (perisa kari). kau nak cari pasal? silakannnnn. so semua benda jadi macam bodoh tau tak. bila aku marah aku suka tengok vcd Nsync mama yang konsert POPODESSEY tuuuuu. dorang menari, nyanyi.. best siak :D (mesti korang taktau -,-) alaaaaaah yang ada Justin Timberlake tu.

ohya aku rasa ada satu ubat yang tak berapa nak mujarab yang selalu aku amalkan bila aku tengah tension. Makan. bila marah aku akan makan makan makan makan makan makan dan makan. best. rasa puas. lagi puas dari ikut teori atau pendapat para psikologi iaitu menjerit apabila anda sedang marah. tapi lepas tu aku akan menjerit sebab lemak lemak dah mula ada kat badan aku. sumpah aku dah 43 kg. berat kan? sumpah nampak gemuk. semuaorang perasan -,- so sekarang aku punya misi untuk kurangkan makan dan cuba untuk bangun pukul 6 pagi on Sunday untuk pegi jogging. merentas desa tak pegi sekarang usaha sendiri nak kuruskan badan! yeay go yana go yana *bagi semangat untuk diri sendiri*

so apa konklusi yang aku dapat ni? kurangkan stress? kurangkan makan? apa lagi? oh oh kena rajin exercise ye cik Liyana kalau awak berangan nak kurus ;-)

selamat berjaya diri sendiri. bai.

Tiada ulasan: