Februari 06, 2010

Ini bukan cerita hantu

Markonah, Saadiah, dan Hamidah merupakan sahabat. Bukan sahabat baik. Hanya terhenti pada tahap rakan biasa. Markonah sangat menyampah dengan sikap dan perangai Saadiah yang sungguh plastik sampah. Saadiah merupakan perempuan yang boleh dikategorikan sebagai budak cantik yang digemari lelaki. Oleh kerana itu, Saadiah bangga diri. Walaubagaimanapun, Saadiah menjadi cantik dan sangat cool di mata teman teman adalah kerana Saadiah suka menjadi orang lain di hadapan sesetengah orang, dalam erti kata lain, Saadiah palsu! Hamidah yang hanya merupakan watak sampingan dalam drama sebabak ini merupakan seorang perempuan yang hidup dalam dunianya sendiri. Rupanya, Hamidah dalam diam tidak menyukai Saadiah kerana sedari awal lagi Hamidah mengetahui helah Saadiah yang bermuka muka. Lalu Hamidah meluahkan perasaannya yang sering dipijak Saadiah kepada Markonah. Berhati busuk, Markonah yang sememangnya membenci Saadiah (cemburu mungkin?) mengambil kesempatan. Dia menceritakan segalanya kepada Saadiah. Almaklum lah orang Melayu. Katanya pada Saadiah, Hamididah mengutuknya, Pada Hamidah pula, Markonah menyatakan yang mana Saadiah sangat anti dengannya, maka, Saadiah dan Hamidah pun bertekak dalam diam. Saling bertalam muka sesama sendiri. Hari berganti tahun, Hamidah tidak lagi berdendam dengan Saadiah. Namun begitu, Markonah yang berhati busuk itu menjadi pencucuk kepada Saadiah untuk terus membenci Hamidah. Walhal sememangnya sudah terang lagi bersuluh lampu picit bahawa Markonahlah yang sangat tidak menyukai Saadiah (kerana Saadiah cantik). Untuk menutup tahi yang dibuat, Markonah menggunakan nama Hamidah setiap kali melaporkan perkara busuk tentang Saadiah yang kononnya diceritakan oleh Hamidah kepadanya kepada Saadiah. Sememangnya cerita itu tidak benar dan hanyalah merupakan perasaan tak  puas hati Markonah kepada Saadiah. Jadi, sehingga kini, Saadiah masih bermuka muka di hadapan Hamidah. Kerana Markonah. 

Sekian sahaja karangan saya untuk hari ini.

Tiada ulasan: