Memaparkan catatan dengan label Fyyyyyyyyyyygedikx. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fyyyyyyyyyyygedikx. Papar semua catatan

April 16, 2010

Bola Jaring la bukan Bola Sepak!

 Tak sedar diri

Tak sangka budak BJ (bola jaring bukan Bukit Jelutong) sekolah terer dan hebat. Tak sangka boleh menang NAIB JOHAN (harap perasan sifat riak ni.) Mungkin sebab saya ikut kot maka cahaya tuah tu terkena kat dorang sekali krekekreurue.

But seryesly selama ni tak pernah nak masuk final tak pernah nak cium pun peluh budak SAS tiba tiba tahun ni boleh menang walaupun tempat kedua? Tak pelik ke? Tak musykil ke? Ok saya akan stop bangga diri sekarang.


Walaupun saya pegi hanya untuk menyebok amik gambar satu dua, cikgu still belanja saya makan sekali bila diorang menang, still beli makanan air milo 100plus untuk saya walaupun saya cuma berpeluh sebab menjerit tepi kerusi. Dan mungkin, akan bawak saya sekali bila diorang pegi bercuti nanti? HAUAHEUHHhUHhahjsjf *tahan fy tahan*

Paling tak boleh blah bila dalam kete keluar lagu Justin Bieber dan sangat takleh blah bila dengar dorang boraksaiko pasal dia walaupun tak penah tengok gamba dan saya hanya mendiamkan diri konon tak amik kisah padahal tengah sing along dalam hati WAHAHAHHAUAUAHAUHAAGKS!

Dan untuk saya yang tak pernah tau netball macam mana, saya dapati saya tak suka game tu sebab setiap 30 saat pengadil akan "prit prit prrriiiiiiiiiiiittttttttttttttt" dan kalau saya yang main time tu mesti pegi tumbuk dah muka dia. TAK BOLEH DIAM KE AKU YANG KAT TEPI TU YANG TENSYEN LEBIH BISING NAK MAMPUS BAGI JE LA DIORANG SUME MAIN DENGAN AMAN PRIT PROT PRIT PROT!

Taktau pun diorang macam ni. Penat tau.

Mac 28, 2010

Makhluk sesat ke bumi??!

Yana saya tak sangka awak tak apdet apa apa kat blog ni dari dulu. SAMPAI HATI AWAK BUAT MACAM NI!!
-----------------------


Pandangan pertama lepas tengok gambar ni?
W-H-A-T-T-H-E-H-E-C-K?!?!?!?!!!111

Saya faham perasaan awak. Pandangan kedua?
Alien datang serang bumi? LyKe oHMeegEE!!!111!!!

Pandangan ketiga?
Perempuan ke lelaki tu? Manusia ke tu? Eh awak tinggal kat zaman apa ni Cik Bulu-Bulu? Betul ke dari Bumi?

Apa yang anda rasa Beyonce tengah fikir?
1. "Cepat la cepat la cepat la amik gambar malunya orang tengok ai si cantik manis dengan dia ni jatuh saham okaaaay!"
2. "Nasib baik dia pakai macam singa kat zoo. So kalau aku senyum hodoh pun dia still nampak lagi hodoh dari aku" *smiley face*
3. "Kau ingat kau pakai macam ni lawa sangat? Attention seeker! Kau pakai camni pun Justin Bieber Babyku takkan pandang kau walaupun sebelah mata beb."

Kenapa anda rasa akak baju merah belakang Lady Gaga tu senyum?
1. Sebab dia nak enterprem.
2. Sebab dia tau akan ternampak dia dalam gambar jadi dia senyum je la daripada nganga mulut tengok 'tudung' Lady Gagak.
3. Tak tahan sangat duduk belakang LG (bukan lifes good)
4. Oh mungkin dia tengah gelakkan LG dan kesiankan minah tu? Siapa tau...

Nasihat untuk Cik Lady Gaga?
Awak cantik. Awak kaya. Suara sedap dari saya. Lagu best walaupun semua stail gagap je. Sexy (eh lesbiannya saya). Femes sebab berjaya buat orang fikir awak SHEMALE *clitterdick* . Tapi pls, pecat fashion advisor/designer whatevershit yang awak panggil dia dan buang dia tengah laut masa bulan mengambang dan pastikan laut tu ada jerung. Saya serius ni. Ok?

Sekian.

Mac 21, 2010

Belum jatuh cinta lagi.

Earphone saya rosak sebab dengar lagu JB banyak sangat. Curse you. Agak agak kalau dengar pakai home theatre system jiran sebelah mesti bom rumah gua pastu pindah kan? 

Ok sebelum korang cop saya gay sebab layan budak tak matang, saya jelaskan, tak, saya dengar bukan sebab saya suka Justin. Saya tak pernah suka JB, saya cuma respek dia. HAHAHAHAHAHAAA

Entah ah gua rasa lagi kita tak suka orang tu, lagi kita nak tau pasal dia. Lagi kita gugel segala bagai semata mata nak tau pasal orang tu den konon konon gunakan info tu untuk jatuhkan dia whatev shit. 

Tapi kalau iman tak kuat, boleh terjatuh cinta sebab banyak sangat baca pasal dia sampai orang yang sebenarnya CINTA dia pun taktau apa yang kita tau. Kan? Kita nak cari salah dia, tapi yang jumpa semuanya "awwwwww." Memang jatuh.

Contoh macam Ecah, acah acah tak suka KStew, tapi last last "OH I HEART YUUU KSTEW YU COOLIOO!!!!11"
Macam Yana yang kononnya tak suka Owl City sebab lagu Fireflies menggamit kenangan lalu dia (WAHAHAHAHHAAA) tapi nyanyi lagu tu 24/7.
Macam SEMUA ORANG yang tak suka LJ tapi still karaoke lagu dia hari hari sebab lagu dia besttttttt!!!
Macam Izy yang dulu tak suka Aizat tapi sekarang set 'Pergi' on repeat kat Itunes.
Macam Helza yang taktau tajuk lagu 'Down-Jay Sean' tapi lepas tu terus post link kat FB (teheeeee)
Macam Fy yang tak suka JB tapi terus respek dia sebab dia macam angel sweetheart lepas tengok video dia banyak sangat. But still, menurut kajian saya, dia selalu tanam tebu dibibir.

Sila tepuk tangan untuk dia walaupun kau nak muntah dengar suara perempuan dia untuk ni.
(minit ke 0.15s)

BUT STILL, GUA TAK SEGAY TU LAGI UNTUK JATUH CINTA KAT MUKA PELIK DIA OKBAI.

notakaki: banyak kan "but still" saya guna.

Mac 11, 2010

Edward Saiko?!?!

Sebelum apa apa, 
TAHNIAH HELZA HALIM SEBAB JADI MAKCIK !! 
Walaupun bukan besday awak, tapi awak semakin tua :D

 Comel tapi takleh lawan anak buah saya teheee
----------------------------------

Gambar 4.1

Nyatakan pemerhatian yang boleh anda kaji dalam Gambar 4.1.
Edward dan Bella yang dilamun cinta tapi tak pandai nak mengekspressikan perasaan masing masing lalu mereka hanya mampu merenung antara satu sama lain.

Pada pandangan anda, apakah yang paling menonjol sekali dalam gambar di atas?
Buat peminat KStew *cough* Ezral Sya & Aqil *cough*, maaf tapi saya terpaksa jujur, KStew punya _______ (isi tempat kosong sendiri)

Apakah yang mencacatkan Gambar 4.1?
Kaki Edward yang nampak 'dead'. Mungkin sebab dia tinggi dan Bella pendek, dan director suruh dia bengkokkan kaki time baring untuk nampak sweet, jadi kaki dia nampak kaku.

Apa yang anda minat dalam gambar di atas?
Kasut Bella nampak lawa kalau saya pakai, oh dan rambut dia. Kulit mayat Edward pun comel, dan bunga dan rumput tu, sweeetnyaaa aww. Okeeeeei creepysaiko  #@$%&!!!

Pada pendapat anda, apakah yang cuba nak disampaikan oleh Edward melalui pandangan matanya yang memukau itu?
Bella, you have nooo idea betapa saya nak hisap darah awak, betapa saya nak gigit awak, tapi saya cintakan awak, dan saya vegetarian (makan darah binatang dan bukan manusia). Dan saya masih nak bersama awak, jadi kalau saya bunuh awak, saya terpaksa awet mayat awak untuk memastikan kita terus bersama. Bella, darah awak nampak sangat sedap disebalik muka pucat itu!

Mac 07, 2010

Priority pass.

Ok nak cepat ni nasib baik ada Yana yang apdetkan blog kalau tak mesti aku rasa macam dah anaktirikan blog sendiri. (Eh apa gua cakap ni??!)

Teater TANDA ada adegan seks?
Elok je masa aku tengok dengan SyAqil haritu. HAHAHA sedap tak nama? Walaupun tak berapa nak paham apa yang cuba nak disampaikan oleh mereka, kebanyakkannya tahu la sikit sikit tapi ada satu dua cerita ni tak berapa nak tangkap. "Kat backdrop tu lalat ke binatang apa???" 
Mungkin sebab aku memang lampi? Atau mungkin memang takde orang paham langsung? But whatev. Oh yang kontroversi Melodi haritu pun sebenarnya takde pape pun. Orang melayu kan memang dengki sampai mati. Sebab tu takleh tengok orang lain hidup bahagia. Sikit sikit banned. Sikit sikit boikot. Kalau ai orang kaya dah lama dah pindah dari Malaysia ni. Tapi malangnya I <3 KL............

 Ai bediri jauh jauh sebab nanti kena tembak dengan Sya teheeee :]

Pinjam tali nak gantung diri.
I can't believe aku tengok Twilight. Dulu masa semua orang sangap Jacob Edward Bella gua dah nak pijak je apesal gedik sangat. Tapi sekarang tengok? Seeee. Seee. Padan muka dulu kutuk orang, sekarang kena diri sendiri. Hah betul la what goes around comes around. Tragedi (ceh macam teruk sangat je bunyi) ni berlaku bila saya terjatuh cinta kat Tom Sturridge (rujuk gambar bawah) dan terstalked dan terdapat tau dia bromance Edward Cullen dan ramai orang tak suka dia and ingat dia ni stalker Robert. Oh dan terdapat tau dia la yang sepatutnya pegang watak Edward tapi tak jadi sebab director kata dia tua sangat untuk budak 17 tahun. Wtf ikr! Er helloo in case you forgot, beza umur diorang 1 tahun je der. And Rob nampak lagi tua la dari Tom. Dan Tom 589680925 kali ganda kuasa dua lagi hot dari Rob muka mayat. Derrrr. Tapi look on the brightside, kalau Tom jadi Edward, mesti dia femes sekarang. Argh takbestnya. Haha selfish -.-
Jadi sebab tu la saya terpaksa tengok Twilight. Nak tau cerita dia cemana sebenarnya. Dan boom, jatuh cinta~ Patut la Ecah sukeee sangat cite tu. Patutla patutla.

Oh fak hemsemnya ailevyuu <33
Yana ai tamo kongsi dengan yu. Don't even think nak mimpi pasal dierr. Pegi main jauh jauh dengan Justin 'Girl' Bieber yu tu. 

Ok la bai nak donlod New Moon okbai. Hahah ok tipu nak pegi stadi esok exam. Hahah I was joking. *straight face*

Februari 27, 2010

Ape ni gantung gantung ai tak suka tauu!

I just don't get it lah, kenapa semua novel, ending dia mesti tergantung. Kenapa eh? Ai rasa ini sangat tak adil buat pembaca (padahal gua sorang je yang tak puas hati). Kita habiskan 28 hours straight untuk baca 550 muka surat punya novel dengan penuh perasaan ulang ulang ayat yang sama 2-3 minit tapi last last cerita stop sampai eksiden. Takpun sampai ayat "Killa berpaling apabila namanya disebut. Dia terpanar!" Apehal? Kau jumpa siapa? The Click Five ke? Mengundang kaki gila.

Dengan masa tu ai dah boleh buat homwek dah. Dah boleh basuh baju, cuci tandas, kemas bilik (buat pertama kalinya) daripada tak tido malam sebab excited nak tau ending. Pfft! Ok mungkin salah ai jugak sape suruh taksub sangat baca sampai tak makan tak mandi. Lagipun takde sape paksa suruh baca pun kan? Eh tapi sape suruh dia buat sinopsis belakang novel gila dramatik? *still taknak mengaku salah sendiri. FINE! Buku teks 100 ms tu kau taknak khatam pulak kan?

Selalunya orang yang OCD macam ai ni memang akan mengalami masalah sama. Malam termimpi mimpi kita ada dalam novel. Pastu berangan nak jumpa watak dalam novel. Mengelamun berharap hidup kita pun camtu. Bila dah saiko pasal hero dia rasa nak cari boifren macam tu. Pastu nangis sorang sorang bila tersedar cite novel sume menipu dan watak dalam tu memang sebenarnya tak wujud pun atas muka bumi ni.

MANA ADA LELAKI SANGGUP BAGI BUNGA BUKAKKAN PINTU BELANJA MAKAN PIZZA TELPON PUJUK BILA KITA MERAJUK SETIAP HARI???!! MANA MANA? Tak pernah lagi ai jumpa lelaki hemsem tahap Asher Book tapi perangai macam Nur Kasih. TAKDE KAAAN???

Dalam masa dua hari ni ai dah habiskan 2 novel sampai ponteng taknak pegi sekolah sebab naaaak sangat tau ending cite. Saiko tak saiko? Hesh. Nak nak penulis dia pakai ayat bahasa jiwa bangsa yang berkias kias pastu time klimaks pegi tuka scene lain. Lagi macam haram. Mati terkejut aku.

ps: Kalau terasa banyak masa lapang, baca la Hlovate punya cerita. Dan ini yang ai baru baca. Seryes cakap. Ayat tak best. Tapi jalan cerita boleh buat kau tak makan seminggu!


pps: Ecah nanti awak dah jadi penulis jangan buat cerita ending tergantung ya!

Februari 25, 2010

Boleh mati.

Berita terkini: Fygedik baru terdelete 3setengah per 4 gambar dalam memory card cameranya. Sila baca elok elok kawan kawan. TER! Gambar keluar dengan Yana. Dengan Farah Sera Izy dengan Anis Izy Tira Razlan dengan family dengan Kak Azyan Myo The Rocket Show Series pokoknya semua dengan anak sedaranya yang comel tu kecuali yang keluar dengan Farah dan Shahid je gila berdaulat kan diorang?!!
Wtfgilamacammanabolehterdeletnibodohnyaakuapesaltakcheckduluwthmacammananigambartakuploadlagiwtftettegtejguekehkughgnzsgnskjgnse WARGHH! Ok bai saya nak pegi tikam diri sendiri dengan pisau rambo. Wish me luck!

Februari 19, 2010

Abe ni kelakar lewwr

Weh nak tau tak haritu aku jumpa kau dalam magazine...

 
 Muka dia nampak macam kau la!!11

Hehahheihuehuaehe kelakar tak lawak ai?? Kelakar kan kelakar kan gelak la pelizzz.

  
Ya Allah bila masa kau buat photoshoot niew??!

Hehahheihuehuaehe kelakar tak lawak ai?? Kelakar kan kelakar kan gelak la pelizzz.

 
Eh hahaha tengok ni muka dia macam kau la kau kan gemuk memang sejibik!!!!

Hehahheihuehuaehe kelakar tak lawak ai?? Kelakar kan kelakar kan gelak la pelizzz.

 
AWWWE COMELNYA MUKA KAU!!

Hehahheihuehuaehe kelakar tak lawak ai?? Kelakar kan kelakar kan gelak la pelizzz.

 
Macam muka bapak kau, dah la busuk hahaha!

Hehahheihuehuaehe kelakar tak lawak ai?? Kelakar kan kelakar kan gelak la pelizzz.

Etc etc etc dsb dsb dsb.....

Cliche tapi kita masih gelak kan?

Februari 16, 2010

Betul ke Fy dah mati??!

Mati sebab malas. HA HA ok tak lawak. Sumpah rasa macam malasnyee nak update tulis type sume ni sampai tadi aku buang tebiat pegi vlog pasal benda yang nak tulis kat blog. Pastu last last aku delete je sebab buruk sangat (masih tak sedar diri.) Tapi konklusinya kena ada keberanian dan yakin diri yang tinggi untuk bercakap depan kamera.

Ok yang pertama.
- I know cite ni zaman dulukala punya tapi OMG Asher Book dalam FAME was lykee OMggemeedsfd comelnya comeinya tomeinya akeueruakauukruhrk. Masa beli ticket muvi ni dengan Farah Sera Izy KakAzyan semua dah "ALAAAA CITE APA NI?!" sebab tak penah tengok trailer promo tak tivi so assume je la cite ni losergaban bosan. TAPI BILA DAH TENGOK!!! haa*exhale.

 

  
Hes mine bebeh. Idontcareee.

Kedua:
- The Rocket Show Series was SUPERB! Ok Fy kau boleh stop guna caption dan tanda seru ITS ANNOYING! Myo comel  lykee omg KakAzyan dengan rambut baru cantik dia manedew nampak macam lelaki ler. Abang Robot yang Ecah cari masih tak dapat dikesan sampai sekarang so bai Dichi Michi hai An Honest Mistake (Bang vocalist hemsem :D tapi dah ada awek). Aku still tak dapat figure out berbaloi tak rasa cuak dalam kereta takut tertangkap dengan tak pegi Admet hm hm hm.

                                      

Oh ya kawan kawan saya naik lif dengan Yuna lerrh awwwe tak bukan Jibi la ni Yuna sebenar.
Jibi: Yayyaya dapat naik lif dengan Yuna muka kitorang sama yeee! <-- Eh eh dah mengaku kembar? haha.

Yang ketiga:
Birfdaaaay kakyan. Tengok gambar je lah ye penyakit saya datang balik.




Party siang sampai ke malam tak penat ke korang? Besday aku orang tak wish pun apatah lagi buat party. Hesh hahauauhau im joking. Tak la saya serius O.o ok saya tipu hish dah la bai.

Februari 06, 2010

Ini bukan cerita hantu

Markonah, Saadiah, dan Hamidah merupakan sahabat. Bukan sahabat baik. Hanya terhenti pada tahap rakan biasa. Markonah sangat menyampah dengan sikap dan perangai Saadiah yang sungguh plastik sampah. Saadiah merupakan perempuan yang boleh dikategorikan sebagai budak cantik yang digemari lelaki. Oleh kerana itu, Saadiah bangga diri. Walaubagaimanapun, Saadiah menjadi cantik dan sangat cool di mata teman teman adalah kerana Saadiah suka menjadi orang lain di hadapan sesetengah orang, dalam erti kata lain, Saadiah palsu! Hamidah yang hanya merupakan watak sampingan dalam drama sebabak ini merupakan seorang perempuan yang hidup dalam dunianya sendiri. Rupanya, Hamidah dalam diam tidak menyukai Saadiah kerana sedari awal lagi Hamidah mengetahui helah Saadiah yang bermuka muka. Lalu Hamidah meluahkan perasaannya yang sering dipijak Saadiah kepada Markonah. Berhati busuk, Markonah yang sememangnya membenci Saadiah (cemburu mungkin?) mengambil kesempatan. Dia menceritakan segalanya kepada Saadiah. Almaklum lah orang Melayu. Katanya pada Saadiah, Hamididah mengutuknya, Pada Hamidah pula, Markonah menyatakan yang mana Saadiah sangat anti dengannya, maka, Saadiah dan Hamidah pun bertekak dalam diam. Saling bertalam muka sesama sendiri. Hari berganti tahun, Hamidah tidak lagi berdendam dengan Saadiah. Namun begitu, Markonah yang berhati busuk itu menjadi pencucuk kepada Saadiah untuk terus membenci Hamidah. Walhal sememangnya sudah terang lagi bersuluh lampu picit bahawa Markonahlah yang sangat tidak menyukai Saadiah (kerana Saadiah cantik). Untuk menutup tahi yang dibuat, Markonah menggunakan nama Hamidah setiap kali melaporkan perkara busuk tentang Saadiah yang kononnya diceritakan oleh Hamidah kepadanya kepada Saadiah. Sememangnya cerita itu tidak benar dan hanyalah merupakan perasaan tak  puas hati Markonah kepada Saadiah. Jadi, sehingga kini, Saadiah masih bermuka muka di hadapan Hamidah. Kerana Markonah. 

Sekian sahaja karangan saya untuk hari ini.

Januari 31, 2010

Budak Jepun

Saya dah lama sebenarnya berangan nak jadi comel macam minah jepun. Tapi apakan daya, mimpi di siang hari, hujan pulak tu. Tapi sejak akhir akhir ni saya semakin dapat terima hakikat yang saya tak cantik sebab atleast dalam keluarga saya ada jugak yang comel terlampau 18sxxx.

FARAH AWAK MESSSSSTI JELES BACA NI AHAUHAUAA!!!!11!! *gelak evil
Harini anak cina jepun korea datang rumah sebab mak dia pegi belajar menjahit.

comel kan comel kan comel kan arghueughkjs

Tak, bukan aku puji diri sendiri -_____- budak bola tu yang comel derr obviously derrr.
Nama: Ibrahim.
Nama gedik: Ayim/Im
Hobi: Menjadi dajjal masa orang solat.
Maklumat tambahan: Sangat suka minum air dalam cawan apatah lagi melalui straw kerana beranggapan bahawa benda tu sangat coolxx dan belum pernah dilakukan oleh mana mana budak 1 tahun.

Nak kasi jeles lagi eh eh eh :D

 
KAN AKU DAH KATA COMEL?!!
Nama: Ayyob
Nama gedik: Ayob *sebut dengan mulut paling muncung
Hobi: Tiada sebab dia sangat statik pada setiap masa.
Maklumat tambahan: Sangat ringan dan senyap. Oh dan suka tarik rambut orang.
 
Awww rasa nak pijak. Agak agak besar nanti diorang comel/hemsem macam ni tak eh?
-------------------------
Nota kaki: Heppppppi besday Kak Ecaaah sori hadiah saya buruk dan sangat kebudak-budakan dan sangat tak kreatif dan kad yang takde rupa kad tu tersangatlah tong sampah nilainya maaf maaf maaf. Tak sempat nak buat sebab Cikgu Zack telepon dah sampai rumah sori sori. Saya tau awak takleh pakai pun sebab tudung. Tapi apa salahnya kan kita kan trendsetter ahhauahuahaha.